Thursday, January 6, 2000

Shhh......


Tidakku kenal wajah rupamu,
Tidakku pasti tampan parasmu,

Tahukah kamu.. shhh,
Hatiku senang bersamamu,
Walau perkenalan baru tercipta
Saat kita mula bersua,
Rasa selesa datang menerpa.

Shhh...
Ku tanya hati mengapa berdusta,
Sedangkan jiwa meronta ingin bersama,
Kehilanganmu untuk sementara,
Terus buat hatiku melara.

shhh....
Diam-diam ku jatuh hati,
Ku ingin kau ketahui,
Tak berdaya diriku menanggungnya,

shhh...
Saat kau mula mengucapkan kata,
Hati bersyukur pada yang Esa,
Moga dipermudahkan segalanya,
Jalan untuk kita berdua.

RedQHeart
06122010 11.50pm

Tangisan Kehidupan

Saat pertemuan dua jiwa
Uda dan dara indah bersama
Daku gembira tiada terhingga
Walau tangis di dalam dada 
Inilah tangisan di dalam gembira

Di saat janji mula di kata,
Aku mula terhimpit rasa,
Kebahagiaan mula tercipta,
Namun cuma jiwa yang mampu merasa,
Janji di kata mula di dusta,
Tangis gembira dalam terseksa
Inilah tangisan dalam sengsara.

Iringan doa mampu di kata,
Semoga yang indah akan tercipta,
Pengorbanan jiwa ketabahan rasa,
Setiap perkara tercatat hikmahnya,
Tangisan ini terukir rasa,
Inilah tangisan di dalam bahagia.

Buat semua yang di kasihi, diingati & di sayangi,
Kutitipkan doa dalam setiap tangisan,
Kerna yakni, 
Semua ini adalah tangisan di dalam kehidupan.




RedQHeart
8.50pm

NoName

kejujuran, 
memakan masa,
mengorbankan hati,
sedikit penghargaan di letak ditempat tinggi,
jujur dirinya memakan diri,
hilang peluang timbul kesal.

Lantaran kelurusan dalam menghormati,
redha diletak didalam hati,
sedih disimpan dilubuk simpati,
walaupun sakitnya tak terperi,
diri ini biarla sendiri,
menunggu ketentuan ilahi.

Baik buruk adalah keatas diri,
usahakan kejayaan dipayahkan diri.
serahkan diri dan hati 
agar ikhlas meresap di dalam diri.

P/s --> Horror King & RedQHeart
Poem da lama.. tp re-copy n paste ..
Rsanya collection of Mr Epi...
Good Job Dear...
Mendalam mksudnya,
dah lama org simpan wat collection

Aku Cuma Wanita

Maafkan daku,
Sekiranya sering melukakanmu,
Walaupun niatku hanya satu,
Dapat bersamamu,
Dalam setiap yang di tuju. 

Maafkan daku,
Setiap yang di rancang sering kaku,
Walau impian kita cuma satu,
Hanya kejayaan yang jitu. 

Aku cuma seorang wanita, 
Sering melakukan perkara,
Yang mungkin kau tak suka,
Kerdil diri ini untuk menerima, 
Namun demi hubungan kita, 
Wanita ini terus bersama,
Jatuh bangun kita bersama,
Terus menyokong dikau di mana-mana,
Hanya kau insprirasiku & ku harap yang sama.




RedQHeart

tolong menolong.....KERJASAMA..

tolong..
ungkapan permintaan,
mungkin ada halangan,
mungkin jua perlukan perkongsian,

jgn risau,
kerna ada pertolongan disana,
jangan bersedih,
kerna mungkin dihujungnya ceria,
jgn sebak,
kerana setiap itu ada penyelesaiannya.

tangga kejayaan adalah usaha,
tangga kesusahan adalah liku-likunya..
apabila dipuncak hilang segala,
apabila ditempat tertinggi,
tersenyum gembira..

bersabarlah..
nikmat itu akan bersama-sama




Horror King

♥ 1 2 3 4 ♥

Empat tahun dulu,
kau kukenali di sudut hatiku,
tanpa di sangka,
terus mencoret erti persahabatan yang jitu,
susah senang diriku,
diabadikan dan dicoret lalu di baca olehmu,
terima kasih kawanku kerana memahamiku.

Tiga tahun yang dulu,
Kau masih bersamaku,
meniti kehidupan yang penuh debu,
namun kau terus disisiku,
Sentiasa memberi sokongan untuk terus maju,
Ribuan terima kasih sahabatku untuk semua itu.

Dua tahun yang dulu,
Berjauhan bukan penghalangmu,
Kau sentiasa di dalam diriku, 
Diri ini sering memerlukan sokonganmu, 
Kau pula membantu tanpa pernah rasa jemu,
Terima kasih teman atas pengorbanan itu.

Setahun yang lalu.. 
Kau hadir dalam jiwa ini,
Meneroka terus ke sanubari,
Impian untuk berkongsi hati,
Kehidupan bersama terus di impi,
Semoga perasaan ini terus abadi, 
cerita di kongsi, kebahagiaan abadi,
Terima kasih sayangku kerana membahagiakan diri ini.

Kini kau dan aku, 
kita punya 1 , 2 , 3 , 4..
Kita doa agar impian ini terus kekal ke akhir hayat.





**Ya Allah, jika aku cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu 



RedQHeart
5.17pm

♥ Manisnya Epal... ♥

Ketika kita mengharunginya,
Dua janji yang sama tercipta,
Segalanya untuk satu impian yang sama,
Membina mahligai yang di kata,
Jatuh bangun kita lalui bersama,
Pahitnya peria sama kita rasa,
Manisnya epal sama kita suka,
Semoga apa yang di jangka,
Terus kekal bahagia...
Ku pohon doa dari-Nya,
agar merestui sentiasa....

Semoga Epal ini terus manis & menjadi milik kita berdua




RedQHeart
11.47am

Jeli Hatiku

psssttt.. kesinambungan dari Hati Ini
Moga ada hati yang bisa mengerti ... 


Kini ku sedari,
Hatiku seperti Jeli,♥
Cair di api, Keras di peti...
Kini ku mengerti,
apa yang bisa mengubati lara di hati,
tawa dan usikan yang dirindui... 

Buat hati yang memahami,♥
terima kasih dari hati ini...
Ku pohon agar apa yang dinilai tidak tersalah erti.

RedQHeart
11.19pm
19/3/2010


♥♥ Jeli Hati ♥♥

klik x2 gambar...

gambar...
ditangkap dahulu sebelum dilihat,
bergaya dahulu baru menarik,
walhal hipokrit dimata topeng dimuka,
kaki sopek disangka langsing,
bahana gambar yang disunting,
photoshop gambar terhalang gambaran hati,
berkilat diluar patah didalam tersembunyi,

gambar,
belajarlah dari kejujuran alam,
hitam sebelumnya kelam,
terang selepasnya cerah,
biru adalah air dan langit, 
hijau adalah pepohon yang rimbun...

mungkin kesedaran datang,
tapi memohon minta ditatang,
alangkah manjanya makhluk khalifah ini..
semoga sampainya wahyu dihati...

horror king..
10:08pm..
office 


Hati Ini..

Wahai Hati, 
kenapa dikau sedih sendiri?
tak ingin luahkan pada yang sudi,
Menyimpan sehingga segalanya terungkai sendiri,
Berdoa agar dirinya memahami.

Wahai Hati,
Dikau menghimpit lagi,
hampir menyesakkan dada ini,
Ku pohon sendiri agar diri ini dilindungi,
Semoga sejahtera Abadi.

Kali ini hati menangis lagi,
Hanya ketenangan di cari, 
Untuk menemani diri yang sepi,
Mudah di mengerti namun sukar di fahami.


Gurindam Rasa Pengubat Jiwa

RedQHeart
19/3/2010
8.06pm


Himpunan Gurindam Jiwa ... Epi. 2

sorang si hijau sorang si merah
kesana sini tak dapat berpisah
amboi che dein ngata aku bukan main meriah... 
hang tu jiwang tahap semua tak kesah

assalamualaikum pembuka kata,
tangan dihulur tanda harmoni,
usaha dan tawakkal dari kita,... 
insyaAllah kawen..pasti marii....

Makan Oreo waktu senja,
Tersedak terus meminum kopi,
Jejaka romeo seantero Asia,... 
Tidak bukan ASRUDDIN Rusli.

tanam petola tanam kobis
tanam di negeri che siti wan kembang
gelak tawa tak abes-abes
ok lah maggi saya sudah kembang.

Suria kencana jejaka misteri,
Teratai jelita manis rupawan,
Jgnlah cik yakin bersusah hati,... 
Kebahagian bersama kami doakan.

Asruddin Rusli nama diberi, 
Jejaka gagah abad ini, 
wahai abg dein yang ensem sekali, 
bile lagi nk kenalkan pd kami??

puas mncari serata negeri,
tidak ketemu pilihan hati,
wahai cik maziah kakak d kasihi,... 
cmna nk tnjuk jika tiada lagi.

Pilihan hati ada di sisi, 
ape lagi nk di cari?
sengaja mengelak tkut di uji, ... 
kene tnya bile nk wat kenduri....

Pergi melaka tidak di jangka,
pergi bersama sahabat sejati,
Semua ini tidak ku sangka,
Aku gembira suka hati... 

bila jariku menari-nari, 
terasa macam x mau berhenti, 
jgn laa korang susah hati, ... 
dh jemu nnti aku berenti..

paling best main layang-layang
selat melaka menggamit hati,
bertemu kembali hati melayang
adakah ini tanda abadi?

terbang layang si 'panda' terbang, 
pergi mencari putera di hati, 
Sungguh kagum bila di pandang, 
Chenta abadi bertaut kembali.

RedQHeart