Sunday, January 8, 2012

5 Tahun

Lima tahun dulu,
kau kukenali di sudut hatiku,
tanpa di sangka,
terus mencoret erti persahabatan yang jitu,
susah senang diriku,
diabadikan dan dicoret lalu di baca olehmu,
terima kasih kawanku kerana memahamiku.

Empat tahun yang dulu,
Kau masih bersamaku,
meniti kehidupan yang penuh debu,
namun kau terus disisiku,
Sentiasa memberi sokongan untuk terus maju,
Ribuan terima kasih sahabatku untuk semua itu.

Tiga tahun yang dulu,
Berjauhan bukan penghalangmu,
Kau sentiasa di dalam diriku,
Diri ini sering memerlukan sokonganmu,
Kau pula membantu tanpa pernah rasa jemu,
Terima kasih teman atas pengorbanan itu.

Dua tahun yang lalu..
Kau hadir dalam jiwa ini,
Meneroka terus ke sanubari,
Impian untuk berkongsi hati,
Kehidupan bersama terus di impi,
Semoga perasaan ini terus abadi,
cerita di kongsi, kebahagiaan abadi,

**
Kini.. Hanya kau di hati..
Lima tahun berlalu tanpa di sedari..
Penyeri jiwa dan kasih sejati...
Buatmu suamiku, ku layangkan rinduku bersama angin sepi , 
Terima kasih sayangku kerana membahagiakan diri ini... <3



No comments: