Mazepy Weddings Ticker

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 8, 2012

5 Tahun

Lima tahun dulu,
kau kukenali di sudut hatiku,
tanpa di sangka,
terus mencoret erti persahabatan yang jitu,
susah senang diriku,
diabadikan dan dicoret lalu di baca olehmu,
terima kasih kawanku kerana memahamiku.

Empat tahun yang dulu,
Kau masih bersamaku,
meniti kehidupan yang penuh debu,
namun kau terus disisiku,
Sentiasa memberi sokongan untuk terus maju,
Ribuan terima kasih sahabatku untuk semua itu.

Tiga tahun yang dulu,
Berjauhan bukan penghalangmu,
Kau sentiasa di dalam diriku,
Diri ini sering memerlukan sokonganmu,
Kau pula membantu tanpa pernah rasa jemu,
Terima kasih teman atas pengorbanan itu.

Dua tahun yang lalu..
Kau hadir dalam jiwa ini,
Meneroka terus ke sanubari,
Impian untuk berkongsi hati,
Kehidupan bersama terus di impi,
Semoga perasaan ini terus abadi,
cerita di kongsi, kebahagiaan abadi,

**
Kini.. Hanya kau di hati..
Lima tahun berlalu tanpa di sedari..
Penyeri jiwa dan kasih sejati...
Buatmu suamiku, ku layangkan rinduku bersama angin sepi , 
Terima kasih sayangku kerana membahagiakan diri ini... <3



Majlis Resepsi @ Cheras

Alhamdulillahh... Majlis resepsi sebelah lelaki pun dah selamat di langsungkan sebulan yang lepas....
Majlis yang ringkas, alhamdulillah dapat menjamu sahabat-sahabt & rakan-rakan yang datang... Sikit pic masa wedding kat cheras 4.12.2011...


       

Friday, January 6, 2012

Sabah Vacation


Halu luuuuu....................... Lama dah x hupdet blog nie... Dis time rase cm nak hapdet cter msa g KK msa lps kawen ari tu laa.... 2 weeks pegi sana... byk gak tmpat pegi... 
oooo yee.. sebenaunye... my hubby keje sana... so long distance marriage laa ktorg ni... love u so much sayang... rindu giler duk jejauh nie... Tp ade jgk kebaikan nye... dapat berjalan2 ke tempat org... 

Pic kat bawah ni masa join student my hubby buat picnic kt taman ape tah nmanya.. tak ingat.. tp dekat area LIKAS...  sporting bdak2 ni... seronok dapat join diorg... 


Banyak lagi tempat2 lain yang ktorg pegi lawat... KUNDASANG ,  kat tempat yang ada MEMORIAL WAR tu...Kinabalu Park... , PORING HOT SPRING... 





 Dannnnnnnnn yang paling best sekali.... dpt snorkeling kt pulau Manukan & Pulau Sapi...

 

Ok... next ... x sabar nak pegi lagi next visit to sabah.... 

Thursday, September 15, 2011

10 Sifat isteri Solehah

Peliharalah 10  sifat ini terhadap suamimu, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
 Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. 


Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

 "Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif.”



**--> Semoga kita semua akan tergolong di kalangan isteri solehah yang di redhai Allah... 

Wednesday, September 14, 2011

Citer Kawen MazEpy .. Part 2

Haaa... Meh nk sambung cter kawen2 ni...

Event start lbih kurang pukul 9.30 am majlis akad nikah di jalankan di rumah sy di bagan serai perak... Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit ada buat pelamin nikah merangkap pelaming yg dijadikan backdrop majlis khatam quran adik lelaki & sepupu-sepupu lain pada mlm sebelum tu.
Before tu nk credit pada DzoulJarumBerlian (Facebook) sebab buatkan pelamin2 yg cantik tu utk melengkapkan majlis kami.
Korang nak tau x brapa kos utk pakej yg sy amik nie?? RM 2950 ... Apa saya dapat ??

-->Kalau x silap la eh...
* 2 pasang persalinan (L&P) termasuk aksesori (Outdoor suite & songket)
* Pelamin Utama
* Pelamin Mini
* Hiasan Bilik Tidur
* Inai Tangan & Kaki (Bergantung permintaan Pengantin)
* Kek 2 Tingkat
* Photographer + Custom Album ( 8 X 12)






Upacara membatalkan air sembahyang... 




 Pic terbaek dr my brother in law.. :)

Kawan-kawan yg datang masa majlis perkahwinan kami... TQ kawan2.. :)

Ex Classmate Awei & Dormmate Ayuni @ SMTSM


Ayuni & Hubby (Wan) - X-Archery Team SMTSM

Pengapit Spesel a.k.a senior SMTSM a.k.a X-Roomate @ Kulim - Zue

TQ guys... Wakil methrat84.. 
Aizat-Syafiq-Faizullah-Faizal-Hanifah

Geng.. tqvm KUKTEM a.k.a UMP Fren..
Qen-Un-Dein & Wife(Ain), Awei

Byk lagi pic.. tp x dpt nk collect lg... tq korang... :)