Tuesday, January 5, 2010

:: Bersosial di Facebook ::

Oleh : Siti Normaziah Ihsan

Beberapa tahun kebelakangan ini, fenomena penggunaan laman web rangkaian sosial sebagai medium perantaraan untuk menghubungkan sesama rakan-rakan, saudara mara serta adik-beradik semakin popular di era teknologi masa kini. Terdapat pelbagai laman web rangkaian sosial yang boleh dicapai secara percuma di internet seperti Myspace, Friendster, VirtualFriend, Facebook dan banyak lagi.



Muka hadapan www.facebook.com

Facebook merupakan laman web rangkaian sosial yang telah mendapat kedudukan paling utama berbanding laman web rangkaian sosial yang lain seperti Myspace dan Friendster. Penggunaannya sehinggakan semua penggunanya terlalu leka dan asyik, siang dan malam menghadapnya.

Analisis yang didapati daripada laman web www.techcrunch.com bertajuk Top Media Sites of 2008, Facebook.Com telah mempunyai pelawat seramai 221,503 orang daripada jumlah keseluruhan seramai 996, 304 orang. Manakala pelawat laman web Myspace dan Friendster.Com masing-masing adalah 126,168 dan 31,325. Peningkatan penggunaan Facebook juga meningkat secara medadak dari tahun 2007 sehingga 2008.




Ihsan daripada http://www.techcrunch.com

Tahukah anda Facebook telah diprogramkan oleh seorang mahasiswa universiti? Facebook telah dihasilkan oleh Mark Zuckerberg bersama rakan – rakan nya Dustin Moskovitz dan Chris Hughes semasa mereka menuntuk di Universiti Harvard seawal tahun 2004. Penggunaan awal Facebook ini bermula daripada ahli dikalangan warga kampus kemudiannya dibuka kepada kawasan Boston dan seterusnya ke seluruh pelusuk dunia.

Laman web Facebook ini mula mendapat perhatian ramai kerana ciri-cirinya amat mudah digunakan dan difahami oleh semua lapisan masyarakat. Ianya tidak terlalu banyak maklumat yang interaktif dan penggunaannya juga adalah tanpa batasan rangkaian. Selain itu terdapat ciri-ciri ruangan bersembang di laman web ini yang membolehkan pengguna berinteraksi secara terus dengan kenalan mereka.


“Pagi – pagi buka facebook padahal face masih mengantuk”

Penggunaan Facebook ini amat berguna untuk menghubungkan di antara bandaraya, tempat kerja, sekolah, IPT, perkongsian minat dan kegemaran, saudara-mara jauh dan dekat dan di antara anak-beranak. Pengguna Facebook juga dapat bertukar-tukar pendapat, berkongsi maklumat sesama rakan-rakan yang terdapat di dalam rangkaian mereka. Harian Metro bertarikh 20 Julai 2009 bertajuk Semua NC disaran guna Facebook - Menteri Pengajian Tinggi menggesa agar semua Naib Canselor (NC) dan Timbalan Naib Canselor (TNC) di IPT menggunakan Facebook supaya mahasiswa mudah berinteraksi dengan mereka.

Tapi awas, Facebook juga boleh melekakan penggunanya dengan ciri-ciri yang terdapat di dalamnya seperti permainan dan soal jawab kuiz. Pengguna harus bijak dalam membahagikan positif dan negatif penggunaan Facebook ini kerana bakal mengundang kemerosotan dalam aktiviti seharian seperti belajar, bekerja dan sebagainya. Sebuah lagu di Indonesia yang dipopularkan oleh Igor Saykoji juga memuatkan tentang facebook iaitu terdapat liriknya “Pagi – pagi buka facebook padahal face masih mengantuk” yang berjudul Online menyatakan betapa asyiknya pengguna Facebook menggunakan laman web ini sehinggakan seawal pagi akan menatapnya. Bagi yang belum pernah menggunakan aplikasi ini, Facebook boleh dilayari dan mendaftar di laman web ini : www.facebook.com


Notes : Ni hasil tulisan haku kat buletin fakulti ku.. FSKKP. Nama buletin tuh BIT@FSKKP. Actually banyak issue2 sekarang pasal facebook ni. Ada yang pro ade yang kontra. Even dalam newspaper hari ni pon ade lg topis pasal facebook ni dikalangan orang-orang politik di negara nie. Ahli MIC berinteraksi melalui Facebook.
Sama-sama lah kita renungkan baik & buruk teknologi ni kepada kita semua.

No comments: