Wednesday, February 2, 2011

900 juta pengguna Internet Explorer terjejas

Pepijat : 900 juta pengguna Internet Explorer terjejas

WASHINGTON 1 Feb. - Microsoft mengeluarkan amaran keselamatan 'kritikal' yang menjejaskan 900 juta pengguna yang melayari Internet menggunakan pelayar webnya, Internet Explorer.

Amaran itu dikeluarkan syarikat komputer gergasi berkenaan selepas ia menemui kecacatan baru pada Windows yang membolehkan penggodam mencuri butiran peribadi atau mengambil alih pengendalian komputer.
Gangguan pada sistem pengatur cara itu sangat serius dan berpotensi menjejaskan setiap pengguna Internet Explorer.
Firefox, Google Chrome dan Safari tidak terjejas dengan ancaman itu kerana tidak seperti Internet Explorer, pelayar itu tidak menyokong fail-fail MHTML yang menjadi punca masalah tersebut.

Kelemahan itu nampaknya hanya menjejaskan cara Internet Explorer mengendalikan beberapa laman web.
Microsoft berkata, pepijat tersebut berada di dalam Windows kerana ia kemungkinan tidak mahu pengguna beralih kepada pelayar lain.

Ini bermakna ia menjejaskan semua versi sistem operasi yang disokong pada masa ini termasuk Windows XP (SP3), Windows Vista, Windows 7, Windows Server 2003 dan Windows Server 2008 (R2).

Syarikat itu setakat ini tidak dapat menghapuskan pepijat itu dan telah mengeluarkan kod keselamatan 'memperbaiki' untuk menghalang sebarang percubaan untuk menggunakannya.
Semua pengguna Windows, terutamanya yang menggunakan Internet Explorer digesa memuat turun kod perintah itu kerana pasukan keselamatan syarikat itu sedang berusaha menangani masalah tersebut buat secara kekal.

Syarikat itu juga menyifatkan kecacatan itu sebagai satu ancaman yang serius, walaupun tiada penggodam setakat ini yang mengeksploitasi kelemahan tersebut. - AGENSI

Source Dari UTUSAN ONLINE

No comments: