Thursday, January 6, 2000

♥ 1 2 3 4 ♥

Empat tahun dulu,
kau kukenali di sudut hatiku,
tanpa di sangka,
terus mencoret erti persahabatan yang jitu,
susah senang diriku,
diabadikan dan dicoret lalu di baca olehmu,
terima kasih kawanku kerana memahamiku.

Tiga tahun yang dulu,
Kau masih bersamaku,
meniti kehidupan yang penuh debu,
namun kau terus disisiku,
Sentiasa memberi sokongan untuk terus maju,
Ribuan terima kasih sahabatku untuk semua itu.

Dua tahun yang dulu,
Berjauhan bukan penghalangmu,
Kau sentiasa di dalam diriku, 
Diri ini sering memerlukan sokonganmu, 
Kau pula membantu tanpa pernah rasa jemu,
Terima kasih teman atas pengorbanan itu.

Setahun yang lalu.. 
Kau hadir dalam jiwa ini,
Meneroka terus ke sanubari,
Impian untuk berkongsi hati,
Kehidupan bersama terus di impi,
Semoga perasaan ini terus abadi, 
cerita di kongsi, kebahagiaan abadi,
Terima kasih sayangku kerana membahagiakan diri ini.

Kini kau dan aku, 
kita punya 1 , 2 , 3 , 4..
Kita doa agar impian ini terus kekal ke akhir hayat.





**Ya Allah, jika aku cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu 



RedQHeart
5.17pm

No comments: