Thursday, January 6, 2000

Aku Cuma Wanita

Maafkan daku,
Sekiranya sering melukakanmu,
Walaupun niatku hanya satu,
Dapat bersamamu,
Dalam setiap yang di tuju. 

Maafkan daku,
Setiap yang di rancang sering kaku,
Walau impian kita cuma satu,
Hanya kejayaan yang jitu. 

Aku cuma seorang wanita, 
Sering melakukan perkara,
Yang mungkin kau tak suka,
Kerdil diri ini untuk menerima, 
Namun demi hubungan kita, 
Wanita ini terus bersama,
Jatuh bangun kita bersama,
Terus menyokong dikau di mana-mana,
Hanya kau insprirasiku & ku harap yang sama.




RedQHeart

No comments: