Thursday, January 6, 2000

Himpunan Gurindam Jiwa ... Epi. 1

snyuman menggoda cik yakin berikan, 
sungguh senang bila di pandang, 
hati jejaka tidak tertahan, 
hati tenang gundah pun hilang

senyuman hamba senyuman biasa,
bujang hamba bujanglah mimpi
jejaka tersuka nak buat cemana
namun hamba tetaplah steady

jejaka suka dah simpan lama,
cuma memendam di dalam hati, 
snyuman cik yakin tetap bertakhta,
mencair di hati dan di sanubari

Pohon tanjung tegap berdiri,
Tempat unggas berehat berparti,
Melirik bibir mengukir seri,
Senyuman ikhlas setulus hati

andai senyuman jadi penyeri,
ukirkan di wajah setiap hari,
andai senyuman mencuri hati,
terus teranglah empunya diri.

Senyuman terlirik ikhlas di beri, 
Buat tatapan si jantung hati, 
Gurindam ini spontan di cari,... 
Boleh di beli lagi selepas ini..

Empunya diri sudah sedia, 
Tinggal menanti si dara jelita, 
Wahai Cik Yakin manis orangnya,
Berilah jawapan pemudah bicara... 

akar nibong meresap,
akar kanji dlm perahu,
terbakar kampung, nampak asap,... 
terbakar ati,siapa yang tahu.

terima kasih daun keladi,
ambil berat rintihan hati, 
wahai che dein abang kami, 
berdoalah agar hati kami di ubati,

dalam hati penuh rasa
tersimpan lama penuh rahsia
tak perlu ada ungkapan berbahasa 
kalau dah jodoh bertemu juga.

Apa dipandang pada Anggerik,
Tumbuh meliar di dalam hutan,
Jikalau hati sudah tertarik,
Usahla biar lama disimpan. =)

Che Dein Out - hahaha
main bola sepak,
main dengan kawan,
wei aku msih muda.
korg lg tua la.


che dein tetap abang kami
badan gagah macam gajah
janganlah perasan muda lagi... 
kalau kawen dah boleh jadi ayah!

Sorong Papan tarik papan, 
buah keranji dalam perahu, 
hati cik yakin dah lama tertawan, 
cuma malu nak mengaku...

hari isnin makan pucuk paku
hari selasa pun makan pucuk paku
siapa yang malu mengaku... 
dia tu yang lambat mengaku!

kereta merah wira namanya,
kepunyaan jejaka berambut tak panjang,
cik yakin kita sudah ditawan hatinya,
bilakah jejaka itu mau masuk meminang??

Cantik dipandang anggerik desa,
Molek dipetik di pagi hari,
Kalau sesuai budi bahasa,... 
Sepenuh hayat bersatu hati.

cinta hati sudah ketemu,
bersua mahu cuma malu,
kalau hati inginkan selalu,... 
apa d tggu pergi la serbu.

sorong lipan tarik cipan,
drawing jalan dalam bot laju,
masjid mulia hendak didirikan,
jangan lupa kursus kahwin dahulu..

Bunga berseri disinar malam,
Kumbang menari dengan cahaya,
Sudah menjadi aturan alam,.
Kisah chenta Adam dan Hawa.

diam-diam cili api
sungguh kari berapi soalan si napi
kursus kawin mestilah pergi... 
tanya si maziyah tu tentu dah tentu ready

Sungguh cantik pemandangan di selatan, 
Indah di tatap,dipandang x jemu, 
Wahai cik nuryakin tan, 
Kami lepaskan ko pegi dulu.

Anggerik biru di dalam kota,
Dipetik dari tanah seberang,
Lidah kelu malu berkata,
Walhal hati melonjak riang.

Himpunan Gurindam pengubat lara .. hahahha
RedQHeart

No comments: