Thursday, January 6, 2000

catatan 2: waktu kecil-kecil vs waktu besar-besar

teringat di waktu kecil dahulu…

bebas, bebas melakukan apa saja… pnjt pokok..main pondok2..rasa lapang sangat-sangat..tiada siapa menghalang..paling kuat pun..kena jerit dengan suara ibu..menyakitkan telinga dikala itu…

epi!!!! balik..tak nampak ker hari dah gelap…ko tak dengar ker azan..ko nak kena bantai ngan mak eh…mencicit lari balik rumah…

malam makan..sembahyang…menonton telivisyen..tiada apa yang perlu dirisaukan..semua tersedia.semua rasa selesa..esoknya..pergi berlumba basikal..lombong pasir tinggal berdekatan dengan rumahku menjadi lokasi idaman..lokasi kegemaran untuk menunjukkan bakat yang tak seberapa ini…

diwaktu remaja..mula mengenal erti tanggungjawab..mula membuka minda dengan surah yang bermula "demi masa, sesungguhnya manusia berada didalam kerugian ".. ya..dimasa itulah mula mengejar apa yang hilang..melangkahlah apa yang dipanggil matlamat..

susahnya ibu bapa menjadi inspirasi didalam mengejar cita, ingin mengubah nasib keluarga…5A, 8A, 10A…impian semasa bersekolah..

The Horror King

No comments: